Khamis, 26 April 2012

Cintaku dibalas..:)

Akhirnye cintaku dibalas
dalam keadaan yang tak sihat
mampu tersenyum gembira
kerana cintku dibalas
hahahahahaha
suka sangat2..:)

terima kasih kepada si dia 
kerana menjadikan cintaku ini dibalas
terharu sangat2,,,
oleh sebab tk sihat
tak boleh nk over tunjuk rasa gembira ini
sekadar mampu tersenyum sahaja untuk si dia

Tapi tk boleh baca lagi sekarang
emmm kena tunggu lagi..:(
penantian memang satu penyeksaan

P/s  ; Terima kasih awak..:)

Sabtu, 21 April 2012

Cinta Pandang Pertama..:)

                                                                       
        Tadi g MPH...
     tengah2 cari buku tiba2 tajuk buku ni
memanggil2 namaku...hahahahaha
apa lagi terus baca sinaposis dia
emmmm...best..not bad..:)
nak beli tapi.........
ada buku lain yg lebih penting untuk dibeli
sabar ye izati
nanti beli laju2,,,
hehehehehe...:)
even cerita dia sama dengan cerita2 lain
tapi ada kelainan daripada buku ini

apa kelainannye????
tunggu....huhuhuu...

p/S  :  Teringat2 novel ini,....:(...


Khamis, 19 April 2012

Rindu Mak&Abahku Sayang...:)

Heheheehehe...
tk sabar nak balik
nak jumpa mak and abah
rindu sangat2....
hajat nk mc....
wajib ditunaikan
kerana itulah azam tahun baruku
owh..gelak ea
memang betul la
sebab aku tak pernah ambik cuti
emm dasyat ke tak???
inilah masa yang dinanti2kan

Balik ini
nak makan banyak2...
banyak la sangat kan
emm boleh la daripada
tk makan apa2 kan...

HOME SWEET HOME...:)

P/S ; 4 hari 3 malam di rumahku..;)..

Ahad, 8 April 2012

Senyumlah....:)

Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini yang mengerti.

Abu Darda' pernah berkata :

"Sesugguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku"

Pernah jua Rasulallah SAW tertawa hingga menampakkan gigi gerahamnya, tapi tidak pernah pula baginda SAW ketawa berdekah-dekah.

Ada pepatah menyebut :

"Janganlah terlalu banyak tertawa, kerna terlalu banyak tertawa akan mematikan hati"

Tapi ambillah jalan yang wasthiyyah dalam keadaan bersederhana

"Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedeqah"

Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu"

Indahnya saranan Rasulallah SAW ini. Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami, warna kulit jauh beza sekali. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Ada sahaja manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi bermuram durja bahkan mereka yang berada di sekelilingnya turut merasai derita muram durja itu hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara yang kecil. Menyibukkan diri dengan perkara yang kurang penting sampai terlebih pula.

Akhirnya dunianya menjadi hitam dan kelam. Kemudian pula menyebarluaskan kekelaman yang ada menghantui benak sanubarinya kepada orang yang berada di sekitarnya. Sifat inilah yang banyak dijangkiti pada mereka pada hari ini. Benda yang hanya sekecil seekor tikus dihebohkan seumpama seekor gajah. Akhirnya segala apa yang ada dalam genggamannya dan sisi pandangnya tidak memberikan sebarang arti padanya, apatah lagi menggembirakannya. Mereka tidak merasa puas dan senang dengan sebanyak mana sekalipun segala bentuk kesenangan yang berada dalam genggamannya.

Ramai orang yang telah sisi pandang hidupnya dikaburi. Mereka sudah tidak dapat melihat bahkan menghayati keindahan hidup ini. Sisi pandang mereka hanya dapat mengenal materialistic yang acap kali menjadi kayu ukur dalam segenap aspek kehidupannya. Mereka cuba menggenggam segala banyak mungkin materialistic untuk menjadi sumber kekayaan. Akan tetapi mereka sering lupa untuk menyoal bagaimana hendak membuat hati mereka bahagia?

Jika kita hanya mampu untuk menangani perkara-perkara kecil dalam menulusuri kehidupan ini, berarti kehidupan kita ini tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Namun, jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.

Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...

Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.

"Sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepadaku (Muhammad SAW) agar kalian bersikap tawadhu', hingga tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain"

Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang solusi. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.

Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.

Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.

Jumaat, 6 April 2012

Dengarkan...:)


best lagu ni...mari dengar beramai-ramai...
semoga ceria selalu...:)

P/S : Smile Without problem..:)

Khamis, 5 April 2012

ITULAH SAHABATKU....


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Mereka selalu mengatakan aku tengah bersabar...namun adakah mereka betul2 bersabar sahabat???Orang yang bersabar tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang sahabatnya...ini kerana tindakan itu mengambarkan ketidaksabaran yang dikatakanKenapa dah buat baru nak menyesal, contohnya dah tertulis sesuatu then padam..kenapa???????menyesal tau rasa bersalah???....mungkin tidak kerana malu org baca sebab nak jaga air muka kan...

Sahabat....

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

>>> Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan

p/S :Ingatlah bukan kamu sahaja yang mempunyai hati untuk dijaga tetapi banyak lagi...harap ini menjadi pengajaran supaya rakan yang lain tidak meninggalkan kamu seperti aku meninggalkanmu...

Selasa, 3 April 2012

Pertama Kali....

Pertama kali hati tiba2 rasa sangat terkilan..........
cuba bersabar
cuba tahan namun tak termampu lagi
biarlah hati ini sekali-sekala merasakan kesakitan
aku hanya manusia biasa yang banyak kelemahan
kadang2 tidak boleh bersabar dan terlalu positif
biarlah hati ini diberi peluang dan ruang
untuk merasa sakit hati,sedih ,kecewa
biar hati ini puas
walaupun rasa bersalah
namun..ini hatiku
tiada sapa yang tahu
minta dipujuk jauh sekali
minta dibelai malang sekali
apa yang ada
cuma kerja...kerja...kerja
itu saje fungsiku kini
tidak lebih dari itu
bagaimana aku ingin tersenyum
jika itu saje
yang ada

P/S : Luahan hati




Ahad, 1 April 2012

KATA-KATA BEST..:)


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."


"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."


"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier


"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."


"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."


"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."


"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."


"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse


"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."


"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."


"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."


"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."


"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."


"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."


"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.