Rabu, 22 Jun 2011

Doaku untukmu.....


Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra, beliau berkata:

Aku masuk menemui Rasulullah saw. ketika baginda sedang menderita penyakit demam lalu aku mengusap baginda dengan tanganku dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar terjangkit demam yang sangat parah.” Rasulullah saw. bersabda maksudnya :” Ya, sesungguhnya aku juga mengidap demam seperti yang dialami oleh dua orang di antara kamu.”Aku berkata: “Itu, kerana engkau memperoleh dua pahala.” Rasulullah saw. bersabda maksudnya : “Benar.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan-kesalahannya seperti sebatang pohon yang merontokkan daunnya. ”

(Hadis Shahih Riwayat Muslim )


Harap2 kepada mereka yang sedang sakit sekarang
cepat2lah sembuh ye...
kadang2 orang yang melihat itu juga sakit dalam diam...
terpaksa diam untuk memastikan orang yang mereka sayang
sentiasa sihat dan ceria...
itulah pengorbanan katanya...

Tapi apa yang pasti
aku berasa sakit apabila melihat orang yang kau sayang
terpaksa menanggung kesakitan sendirian....
aku cuba nak tolong tapi
aku tak tau mcm mana aku boleh tolong
sedih, risau, takut, bimbang
semua ada tpi terpaksa disembunyikan
kerana aku tau aku kena kuat
untuk mereka

Namun kadang-kadang
aku berasa lemah dan tak kuat lagi
tpi kena tipu diri sendiri
cuba yakinkan diri sendiri
kau mampu!!!!!!!
kau boleh!!!!!!!!!!!
tapi hakikatnya
TIDAK..........



Harap semua ini akan berlalu dengan cepat
harap2 sgt semua akan cepat sihat
ceria dan gembira
itu je harapan aku sekarang
moga2 yang Maha Kuasa mendengar permintaan ini
dan memakbulkannya
Amin......