Isnin, 3 Disember 2012

MENJAHIT

Program menjahit..
hehehehe
baru beberapa minggu belajar menjahit
banyak jgk aku dh belajar
dari buta menjahit
sekarang boleh la skit2..
huhuh

Dasyatkan seorang perempuan tk reti menjahit
sangat kesian
sebab 2 keperluan 
lagi2 yg gila baju

Tapi mula2 nk belajar pening sgt
sebab tk tau asas2 dia
tpi dh lama2 ok la
tpi banyak lgi yg kena belajar
kena bt selalu bru boleh mahir
klu belajar then terus tinggal
memang habis la

harap boleh menjahit baju sendiri kelak
boleh beli baju banyak2 then jahit sendiri
hahahahaha...:)

Khamis, 11 Oktober 2012

HoMe SwEeT hOmE


JOM BALIK...
esok nak balik
tapi tiba2 berdebar2..
sebab balik kali ni lain skit
knp?? ada la...........
heheheheheh..:)

Tapi balik ni kerja masih byk tk siap
semoga semua dapat disiapkan 
pada masanya

Ya Allah
Hambamu ini
dalam keadaan yang betul2 stress
bantulah hambamu Ya Allah
AMIN2...:)

Balik nk release tension
nk happy je..:)
tak mau stress

P/S : Harap semua berjalan dengan lancar..amin.:)

Rabu, 12 September 2012

Kenapa Perempuan Menangis..




Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”


Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita  menangis.
.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan  dia bertanya,
“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”
“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan.
Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

Isnin, 10 September 2012

LAGU BARU YG BEST...



Lagu untuk cerita Adam dan Hawa
diadaptasi daripada novel
mcm biasa
novel ni pernah dibaca semasa 
tingkatan 5
ingat2 lupa dah cerita dia
tpi yg penting memang best cerita dia
ada 80 episod untuk di tengok
minta2 tk melalut dan best
:)

mari hayati lirik lagu ini
memang best dan mantap..:)


Isnin, 3 September 2012

Best..jom baca..:)


20 Keajaiban Alam Semulajadi Yang Mengagumkan


Kita biasa mendengar 7 keajaiban dunia seperti piramid, taman tergantung babylon dan sebagainya. Kali ini akuislam.com ini ingin mengutarakan keajaiban dunia dari alam semulajadi. Kesemua bahan ini saya perolehi dari laman web listverse. Semoga dengan artikel ini, kita akan muhasabah diri dengan keagungan Allah SWT yang menciptakan kejadian yang indah dan mempersonakan. Allahuakbar!

1. Air Terjun Angel (Angel Falls)

Venezuela, 5°58′03″N 62°32′08″W
Angelfalls2
Pada ketinggian 979m, Angel Falls adalah air terjun tertinggi di dunia. Dijumpai di Canaima National Park di Venezuela, yang telah sahkan sebagai tapak warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1994. Air terjun yang jatuh di tepi Gunung Auyantepui dan menjunam ke dalam Sungai Korep hampir satu kilometer di bawah.
Air terjun yang menakjubkan ini dinamakan sempena Jimmie Angel, yang merupakan juruterbangAmerika Syarikat yang pertama untuk terbang melewati air terjun ini. Air terjun ini  merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di Venezuela, walaupun untuk sampai ke sana ia adalah amat sukar, kerana pengunjung akan perlu terbang ke kem Canaima sebelum trekking melalui hutan dan berbot ke hulu sungai. 
Perjalanan ke air terjun ini hanyaboleh dibuat semasa musim hujan apabila terdapat air yang cukup untuk dilalui oleh bot ke hulu sungai
.

2. Black Forest

Jerman 48°N 8°E
.
Black Forest
Black Forest didapati di barat-daya Jerman. Ia dinamakan Black Forest oleh tentera Rom, kerana pertumbuhan pokok yang tebal, yang menghalang matahari hampir sepenuhnya. Hutan ini terdiri dari pokok yang terutamanya firs dan pain, yang diperlukan untuk industri kayu, dan menyebabkan pembalakan besar-besaran pada tahun 1999, menghapuskan beratus ekar hutan dan mengurangkan saiz hutan ini.
Hutan ini juga merupakan rumah kepada badensis Lumbricus, yang merupakan spesies cacing tanah  gergasi. Di sepanjang hutan Black Forest juga terdapat banyak rumah dan bandar kecil serta kampung-kampung.  Disini juga asalnya resepi kek black forest datang.
.

3. Bu Tinah Islands

Emiriah Arab Bersatu (UAE), 24°37′N, 53°05′E
.
Bu-Tinah-Shoals-492907
Bu Tinah adalah di perairan Abu Dhabi dan dilindungi sebagai rizab. Ia merupakan satu kelompok kecil pulau-pulau, antara terumbu karang yang luas dan hamparan rumpai laut. Ia diiktiraf sebagai rizab biosfera marin UNESCO, dan dihadkan kepada pelawat.
Kepulauan ini menyokong sekurang-kurangnya 16 spesies batu karang dan mempunyai kepentingan yang tinggi untuk penyelidikan perubahan iklim. Sebagai contoh, karang umumnya hidup subur di dalam air dengan suhu antara 23 ° C dan 28 ° C, tetapi dalam kes disini, karang berkembang subur dalam air yang  mencecah sehingga hingga 35 ° C. Pulau-pulau ini juga rumah kepada pelbagai hidupan marin liar,termasuk penyu dan dugong

4. Cliffs of Moher

Ireland, 52°56′10″N 9°28′15″W
.
Ireland-Cliffs-Of-Moher
Cliffs of Moher yang terletak di County Clare, Ireland. Mereka terdiri dari ketinggian 120 meter kepada 214 meter, dan  tegak menjunam ke dalam Lautan Atlantik. Lebih satu juta pelancong melawat cenuram untuk melihat pemandangan yang luar biasa yang mereka berikan.
Tebing-tebing ini merupakan rumah kepada pelbagai jenis haiwan, termasuk 30 000 burung. Selain hidupan liar dan pelancong, anda mungkin telah melihat tebing-tebing sebelum ini, kerana mereka telah dipaparkan dalam beberapa filem, termasuk  Harry Potter.
 .

5. Laut Mati

Israel, Jordan, Palestine, 31°20′N 35°30E
.
Laut Mati merupakan takungan air kira-kira 67km panjang dan 18km luas. Ia adalah sebuah tasik masin yang hyper dan 8.6 kali lebih masin daripada lautan, dengan ketepuan garam 33.7%. Laut Mati dan persisiran pantai sekitarnya juga merupakan tempat yang berketinggian paling rendah di permukaan bumi, pada 423 meter di bawah paras laut, dan juga tasik hyper masin terdalam  di bumi, dengan kedalaman 377m.
Laut Mati yang mendapat namanya kerana tidak ada kehidupan marin atau haiwan boleh berkembang atau hidup dalam keadaan ekstrem. Lumpur dari bahagian bawah Laut Mati penuh dengan mineral dan nutrien, yang digunakan biasanya dalam spa dan pusat peranginan, serta dalam  rawatan untuk penyakit ekzema dan psoriasis.
Walau bagaimanapun, sebab utama mengapa pelancong berduyun-duyun ke Laut Mati adalah kerana ketumpatan air (2.24kg / L) yang tinggi, yang membolehkan seseorang untuk terapung di permukaannya.
.

6. El Yunque

Puerto Rico, 18°19′00″N 65°47′00″W
.
El-Yunque-4-1
Hutan Negara El Yunque  terletak  di sebelah Utara Timur Puerto Rico, dan satu-satunya hutan hujan tropika di Amerika Syarikat . Hutan hujan ini terletak dilereng Pergunungan Sierra de Luquillo dan meliputi kawasan seluas  113.3km2. Hutan yang mempunyai pelbagai flora dan fauna, termasuk 23 spesis tumbuhan yang endemik kepada kawasan ini.
Oleh kerana lokasi hutan betul-betul di bawah tropika kanser, ia tidak mempunyai musim am hutan hujan tropika seperti mempunyai hujan sepanjang tahun, yang biasanya berjumlah lebih daripada 6m atau 240 inci hujan setiap tahun.
.

7. Galapagos

Ecuador, 00°30′S 91°04′W
.
48-901-Galapagos
Kepulauan Galapagos adalah satu siri pulau-pulau kecil gunung berapi di Lautan Pasifik. Lokasi ini adalah kira-kira 972km dari barat Ecuador, dan membentuk  Taman Negara dan  rizab laut Ecuador. Terdapat 18 pulau-pulau utama dalam pembentukan geologi yang agak baru ini, dan mereka terkenal dengan pelbagai hidupan liar mereka dan mempunyai kaitan kepada teori evolusi Charles Darwin, kerana beliau juga telah melawat Pulau-pulau disini dan   sebahagian besar penyelidikannya adalah disini.
Pada tahun 1957, 97.5% daripada Galapagos telah diisytiharkan sebagai Taman Negara dan pada tahun 1986, 70 000 km2 lautan sekitar Kepulauan ini  telah diisytiharkan sebagai rizab laut. Menjelang tahun 2001, kedua-dua taman negara dan rizab laut telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
.

8. Grand Canyon

USA, 36°03′19″N 112°07′19″W
.
Grand Canyon Scenery-12355
Grand Canyon terletak di Arizona, Amerika Syarikat. Adalah dipercayai bahawa Sungai Colorado pertama sekali membentuk laluan melalui kawasan ini, 17 juta tahun yang lalu. Dan sejak itu ia telah menghakis dari masa ke semasa. Canyon 446km panjang ,  29km lebar dan kira-kira sedalam 1.8km.
 Setelah sekian lama mengalami hakisan, hampir 2 bilion tahun sejarah Bumi didedahkan dalam lapisan batu. Bukti pertama aktiviti manusia dalam gaung sehingga 3000 tahun yang lalu. orang asli Pueblo Amerika  telah mendiami Grand Canyon selama berabad-abad, dan masih ada yang tinggal di sana.
Grand Canyon adalah juga salah satu tarikan pelancong yang terkenal di dunia, dan menarik kira-kira 5 juta orang setiap tahun.  
.

9. The Great Barrier Reef

Australia, Papua New Guinea, 18°34′4″S 148°33′19″E
.
Great-Barrier-Reef-Dive-With-Big-Fish
 Great Barrier Reef merupakan satu lagi keajaiban dunia. Ia adalah sistem terumbu karang terbesar di dunia dan meliputi 344 400 km2, dengan hampir 3000 terumbu dan 900 pulau. Terumbu tapak warisan dunia yang dilindungi dan salah satu lokasi yang paling berkembang subur dan terdapat pelbagai ekologi di dunia. 
Great Barrier Reef yang juga struktur terbesar yang dibina oleh organisma hidup di dunia, dan boleh dilihat dari angkasa lepas. Ini terumbu yang besar dan juga rumah kepada lebih daripada 30 spesies ikan paus, dolfin dan ikan lumba-lumba, 6 spesis penyu laut dan meliputi lebih dari 1500 spesis ikan.
.

10. Jeita Grotto

Lebanon, 33°56’35″N 35°38’36″E
.
Beirut
Grotto Jeita adalah sistem dua gua yang  besar, yang saling bersambungan sehingga lebih 9km. Mengejutkan, gua ini hanya terletak hanya 18km dari ibu kota Lubnan,Beirut. Kedua-dua sistem gua ini membentuk gua yang lebih rendah, yang hanya boleh diakses dengan bot melalui sistem sungai bawah tanah, yang juga berfungsi untuk menyediakan lebih daripada satu juta orang dengan air minuman,dan yang gua atas yang membentuk ruang-ruang yang besar dan mengandungi Stalagtit di dunia terbesar.
Pelbagai bukti telah dijumpai yang mencadangkan bahawa gua ini digunakan sebagai tempat perlindungan oleh manusia selama beribu-ribu tahun, lama sebelum penemuan semula  pada tahun 1836. Bukti yang ditemui dalam gua menunjukkan bahawa kehadiran manusia,  seperti periuk, kepala lembing dan tulang, dari zaman Palaeolitik Lewat, dan Neolitik 
.

11. Gunung Kilimanjaro

Tanzania, 3°4′33″S 37°21′12″E
.
Kili-Corbis 1563951C
Gunung Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di Afrika, dan terletak di Kilimanjaro National park, di Tanzania. Ia adalah, sebenarnya, gunung berapi dengan tiga kon yang berbeza dipanggil Kibo, Mawenzi dan Shira - Kibo yang terbesar daripada tiga dan juga mempunyai puncak gunung tertinggi. 
Walaupun gunung berapi yang besar terletak berhampiran dengan khatulistiwa, tropika dan hutan sub-tropika, savannah dan padang rumput yang mengelilinginya, dan menerima sehingga 2000mm hujan setiap tahun, ia masih diselubungi dengan salji sepanjang tahun, kerana sangat besar dan tinggi sehingga 5895m dari aras laut.
 Selepas menjalankan ujian ke atas sampel salji dari kemuncak gunung itu, ia telah ditentukan bahawa itu adalah salji asal lebih 11,000 tahun yang lalu.Kemerosotan ketara dalam jumlah salji dipuncak Kilimanjaro telah disaksikan sejak tahun 1912, kini ia membawa beban yang 80% lebih ringan daripada sebelumnya, dan dijangka akan bebas salji menjelang 2030. Kedua-dua kon gunung berapi yang kecil telah pupus, tetapi Kibo, yang terbesar, hanya dorman dan boleh meletus lagi di masa depan.
.

12. Kepulauan Maldives

Maldives, 3 15 N, 73 00 E
.
Maldives11
Maldives, atau Republik Maldives, adalah satu siri 26 kepulauan semulajadi (pulau-pulau karang yang mengelilingi lagun sepenuhnya atau sebahagian) yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 400 km barat daya India.  Setiap Atol terdiri daripada pulau-pulau kecil dan terumbu karang, dan kepulauan 26 Maldives membentuk kira-kira1130 pulau-pulau kecil, yang hanya kira-kira 200 pulau yang didiami. 
Maldives  terkenal dengan pelbagai pelbagai batu karang yang berwarna-warni, dan rumah kepada lebih 300 spesies ikan tropika. Tujuh spesies baru ikan telah ditemui di Maldives baru-baru ini. Malangnya, pada tahun 1998, peningkatan   suhu air yang dibawa oleh El Nino, membunuh dua pertiga daripada keseluruhan populasi karang.
.

13. Masurian Lake District

Poland, 53°46′N 21°45′E
.
5848
Tasik Masurian (The Masurian Lake District)  terletak utara-timur Poland. Ia mempunyai lebih 2000 tasik,tersebar di seluruh kawasan seluas 52 000 km2. Kebanyakan tasik saling berhubung oleh sungai-sungai yang membentuk sistem yang besar, laluan air yang banyak.
Seluruh kawasan telah dibentuk oleh Zaman Ais Pleistosen dan kini destinasi pelancongan yang sangat popular, yang menawarkan peluang menaiki bot yang hebat, memancing,berbasikal, hiking dan berkanu, sempurna untuk pencinta alam semula jadi .Keseluruhan kawasan mempunyai 11 kawasan simpanan alam semulajadi dengan pelbagai hidupan liar. Kawasan ini mempunyai iklim musim panas dan musim sejuk, dimana semasa tasik membeku.
.

14. The Matterhorn

Italy, Switzerland, 45°58′35″N 7°39′30″E
..
Matterhorn
Matterhorn adalah gunung di Alp Pennine, di sempadan antara Itali dan Switzerland. Gunung ini merupakan salah satu puncak tertinggi di Alps, dan ia mempunyai empat sisi yang sangat curam, menunjuk ke arah kompas, membentuk sebuah piramid pada kemuncak gunung itu. 
Gunung menara raksasa meliputi kampung Zermatt di sebelah Switzerland, dan Breuil Cervinia di sebelah Itali. Matterhorn telah diilhamkan oleh ketakutan  pendaki selama bertahun-tahun, dan merupakan salah satu gunung terakhir alpine yang dijajah.
 Ia mula-mula naik pada Julai 1865, oleh tujuh pendaki yang mendaki dari sebelah Swiss, bagaimanapun dua pendaki telah terjatuh yang membawa kepada kematian mereka. Hanya tiga hari kemudian, gunung itu dipanjat lagi, oleh Jean-Antoine Carrel dan Jean Baptiste Bich, yang menjadi orang pertama sampai ke puncak dari sebelah Itali.
.

15.Milford Sound

New Zealand, 44°40′30″S 167°55′46″E
1236334371Ivkgbvl
Milford Sound fjord / fiord (bahagian masuk sempit yang panjang dengan sisi curam) yang terdapat di sebelah selatan-barat Pulau Selatan New Zealand. Ia juga rizab laut, tapak warisan dunia dan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di New Zealand. 
Milford Sound meliputi 15 km ke pedalaman dari Point Dale dan benar-benar dikelilingi oleh batu  tinggi curam dan tebing-tebing. Banyak cenuram dan puncak sekitar fiord telah dinamakan mengikut penampilan mereka,misalnya, Gajah (Elephant) mencapai 1517m ketinggian dan menyerupai  kepala gajah.
 Milford Sound juga kawasan yang didiami manusia paling basah di New Zealand, menyebabkan hutan yang subur menyelimuti cenuram. Perairan di bawah dipenuhi dengan dolfin, penguin dan anjing laut dengan paus sekali-sekala memunculkan kepalanya. Terdapat dua air terjun tetap yang menakjubkan yang sentiasa mengalir ke bawah cenuram, tetapi apabila hujan berlaku, beratus-ratus air terjun sementara terbentuk.
.

16. Gunung Berapi Lumpur

Azerbaijan, 40°06′20″N 49°23′20″E
.
Mud1
Gunung berapi lumpur pada asasnya terbentuk apabila deposit lumpur bawah tanah yang dipaksa ke permukaan, membuang gas dan campuran cecair berlumpur. Daripada700 lumpur gunung berapi yang dikenali di seluruh dunia, lebih 400 boleh didapati di Azerbaijan, di sepanjang pesisiran pantai negara-negara Kaspia. 
Semua lumpur gunung berapi berasal oleh tasik lumpur gergasi bawah tanah. 86% daripada semua gas yang dikeluarkan oleh lubang-lubang metana, yang menyebabkan kacau bilau pada tahun 2001, apabila salah satu daripada lubang-lubang mula memuntahkan api sehingga ke 15m ke udara. 
Adalah dianggarkan bahawa setiap gunung berapi lumpur perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu letusan besar setiap 20 tahun. Menjadi tarikan kepada berduyun-duyun pelancong yang ingin membuat mandian lumpur yang dipercayai memberi khasiat
.

17. Sandarbans

Bangladesh, India, 11°00′N 122°40′E
.
Sundarbans
Sundarbans membentuk bakau masin yang terbesar di dunia, dan nama yang diterjemahkan adalah bermaksud ”hutan indah” atau “hutan yang indah.” Bakau ini terbentuk oleh tiga sungai berbelit, bernama Padma, Brahmaputra dan Meghna.
Sundarbans meliputi kira-kira 10,000 km2, secara kolektif, dengan hutan air tawar & masin bakau bertoleransi sehingga ke pantai. Bakau ini adalah rumah kepada buaya, rusa, ular, beratus-ratus jenis burung dan beberapa spesies haiwan terancam seperti harimau Bengal dan Ganges,  ikan lumba-lumba, pelbagai jenis penyu dan juga badak Javan terancam dengan kritikal 
.

18. Uluru

Australia, 25°20′42″S 131°02′10″E
.
Uluru 10241
Uluru adalah nama yang diberikan kepada pembentukan batu batu pasir besar, di selatan  Australia tengah. Uluru merupakan tapak suci untuk Orang Asli Australia, dan seni  batu kuno  yang boleh didapati di pelbagai gua yang ditemui di timbunan batu pasir.
Uluru berdiri 348 meter di atas tanah, dan mempunyai ukur lilit sebesar 9.4 km, tetapi bahagian yang lebih besar berada di bawah tanah. Adalah dipercayai bahawa Uluru adalah sisa kecil banjaran gunung yang besar yang berdiri di kawasan itu. Ia juga mempunyai beberapa sungai, mata air dan lubang air, menjadi tarikan pelancong yang popular dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk mendaki.
.

19. Vesuvius

Italy, 40°49′N 14°26′E
.
Vesuvio
Gunung Vesuvius adalah gunung berapi yang terkenal di Itali, kira-kira 9km dari dari Naples. Ia adalah gunung yang besar yang mempunyai hanya satu kon, yang dikelilingi oleh rim kaldera yang runtuh ke gunung asal yang lebih besar, dipanggil Monta Somma. Gunung Vesuvius telah meletus kira-kira 30 kali dalam 2000 tahun yang terakhir, dengan letusan yang paling kuat berlaku di  79AD, yang merupakan letusan yang terkenal menelan Pompeii, sebuah bandar berhampiran Naples, yang mengebumikan dibawahnya 4-6m abu dan pumis. 
Selepas penemuan semula dan penggalian bandar pada tahun 1794, ia telah menjadi tarikan pelancong yang sangat popular dan dianggap sebagai tapak warisan dunia. Letusan Vesuvius ‘terakhir adalah pada tahun 1944, tetapi tiada satu pun letusan yang kuat seperti pada tahun 79AD, yang dianggap sebagai pemusnah. Hari ini, kawasan di sekitar gunung diwartakan sebagai Taman Negara dan berjuta-juta pelancong yang datang ke gunung ini setiap tahun untuk melihat ke dalam kawah.
.

20. Yushan

Taiwan, 23°28′12″N 120°57′26.16″E
.
63
Yushan, atau Gunung Jade, adalah titik tertinggi banjaran gunung Yushan dan juga gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Kemuncak gunung berdiri 3952 meter di atas paras laut dan berterusan kira-kira 4000m di bawah paras laut, terus ke dasar laut. 
Pada musim sejuk, gunung ini adalah yang diliputi oleh fros, dan kelihatan seperti jed yang belum dipotong licin, oleh itu gunung ini mendapat namanya. Semasa musim panas, konifer yang subur meliputi permukaan gunung. Oleh kerana kawasan tersebut mempunyai pelbagai iklim yang tinggi, terdapat kira-kira 140 spesies burung, 28 spesis mamalia, 17 spesies reptilia, dan lebih daripada 186 jenis rama-rama yang tinggaldi atas gunung dan  sekitar Taman Negara Yushan.
.
 (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah  kami  daripada  seksa neraka.
[Q. S. Ali Imran : 191]


P/S : Walaupun tak dapat berjalan ke sana,,janji tau sedikit mengenainya..2 lagi baik..:) 

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat Hari Raya



Berlalu la sudah ramadhan
sebulan berpuasa..
kini syawal kita rayakan
dengan rasa gembira..
yg lain smbg sendiri..:)
hehehehehe...(lupa lirik la)

Selamat Hari Raya Semua
kepada keluargaku tercinta
rakan-rakan tercinta
dan kepada semua saudara seislam ku..

Ampun maaf diminta
kalau tergumpat kata
tersentuh hatinya
Halalkan segala makan dan minum
yang pernah diberikan
ilmu yang dicurahkan
semoga berkat selalu
amin...:)

p/S :  Raya nnti jemputlah dtg ke rumah..:)..bwk duit raya sekali ea..

Isnin, 16 Julai 2012

Permulaan Baru


14 JULAI 2012
satu tarikh keramat untukku
heheheheh...:)
apa yang keramat
hanya beberapa orang saje yang tau

Alhamdulillah sangat2..
semua berjalan lancar dan baik
walaupun tak dapat borak lama
tpi sekurang2nya mereka tahu
siapa itu
NOR IZATI BT MOHAMED JAMIL
huhuhuhuu...:)

Lega dan senang hati
itulah perasaanku sekarang
sekarang hanya tawakal 
untuk langkah yang seterusnya

Semoga apa yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan jayanya

p/s : Happy...:)

Ahad, 8 Julai 2012

2 Minggu lagi..


2 Minggu lagi di Kuala Lumpur
masa dh nk dekat
dekat untuk berpisah selama 2 bulan

2 bulan 
yang penuh dengan tanda tanya
PRAKTIKUM
adakah menjadi lebih baik
atau sebaliknye
harap2 makin bertambah baik la
amin....:)

Kepada rakan-rakan...
selamat berjuang
selama dua bulan nnti

waaaa...
awal'e ucapan ni
huhuhuhuh...

P/S  : Lengkapkan ilmu di dada sebelum berpraktikum..:)...best of luck..


Jumaat, 22 Jun 2012

Semester 6


Alhamdulillah dah semester 6...
kiranye dan 4 tahun aku duk kt maktb
dah tua rupa'e...
huhuhuhuhuhu...:)

Semester ini byk bt aktiviti luar
praktikum 2 bulan
PDK lagi...
emmm mcm2 lagi
huhuhuuhh...:)

Subjek sem ni pun tk byk
so best la..
tpi sebenar'e bosan
balik awal then tkda bt apa kt umah

kepada kawan2 yang lain...
kita tinggal lagi setahun nak hbs stdy
so hargailah masa2 ini
supaya ia menjadi memori terindah kita
harap semua dapat menghabiskan tempoh pengajian ini
dengan selamat..
amin..:)

P/s: Mode nk balik umah je...:)..huhuhuhuhuh.

Selasa, 15 Mei 2012

Aduh..Pentaksiran

Tau tak apa itu PENTAKSIRAN????
emm cari sendiri la ea...
pening kepala dibuat'e
dah la susah 
then baca2 keluar balik
kira macam
masuk mata kanan keluar mata kiri balik la
hahahahah

Nota memang banyak
baca memang dah baca
tapi tk tau la
memang tk yakin nak jawab

Mak kata buat je..
jangan tinggal kosong
hahahaha

p/S : Ikut pesanan mak....walaupun jawapan salah...hahahahah..:) GUD LUCK..

Khamis, 26 April 2012

Cintaku dibalas..:)

Akhirnye cintaku dibalas
dalam keadaan yang tak sihat
mampu tersenyum gembira
kerana cintku dibalas
hahahahahaha
suka sangat2..:)

terima kasih kepada si dia 
kerana menjadikan cintaku ini dibalas
terharu sangat2,,,
oleh sebab tk sihat
tak boleh nk over tunjuk rasa gembira ini
sekadar mampu tersenyum sahaja untuk si dia

Tapi tk boleh baca lagi sekarang
emmm kena tunggu lagi..:(
penantian memang satu penyeksaan

P/s  ; Terima kasih awak..:)

Sabtu, 21 April 2012

Cinta Pandang Pertama..:)

                                                                       
        Tadi g MPH...
     tengah2 cari buku tiba2 tajuk buku ni
memanggil2 namaku...hahahahaha
apa lagi terus baca sinaposis dia
emmmm...best..not bad..:)
nak beli tapi.........
ada buku lain yg lebih penting untuk dibeli
sabar ye izati
nanti beli laju2,,,
hehehehehe...:)
even cerita dia sama dengan cerita2 lain
tapi ada kelainan daripada buku ini

apa kelainannye????
tunggu....huhuhuu...

p/S  :  Teringat2 novel ini,....:(...


Khamis, 19 April 2012

Rindu Mak&Abahku Sayang...:)

Heheheehehe...
tk sabar nak balik
nak jumpa mak and abah
rindu sangat2....
hajat nk mc....
wajib ditunaikan
kerana itulah azam tahun baruku
owh..gelak ea
memang betul la
sebab aku tak pernah ambik cuti
emm dasyat ke tak???
inilah masa yang dinanti2kan

Balik ini
nak makan banyak2...
banyak la sangat kan
emm boleh la daripada
tk makan apa2 kan...

HOME SWEET HOME...:)

P/S ; 4 hari 3 malam di rumahku..;)..

Ahad, 8 April 2012

Senyumlah....:)

Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini yang mengerti.

Abu Darda' pernah berkata :

"Sesugguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku"

Pernah jua Rasulallah SAW tertawa hingga menampakkan gigi gerahamnya, tapi tidak pernah pula baginda SAW ketawa berdekah-dekah.

Ada pepatah menyebut :

"Janganlah terlalu banyak tertawa, kerna terlalu banyak tertawa akan mematikan hati"

Tapi ambillah jalan yang wasthiyyah dalam keadaan bersederhana

"Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedeqah"

Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu"

Indahnya saranan Rasulallah SAW ini. Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami, warna kulit jauh beza sekali. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Ada sahaja manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi bermuram durja bahkan mereka yang berada di sekelilingnya turut merasai derita muram durja itu hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara yang kecil. Menyibukkan diri dengan perkara yang kurang penting sampai terlebih pula.

Akhirnya dunianya menjadi hitam dan kelam. Kemudian pula menyebarluaskan kekelaman yang ada menghantui benak sanubarinya kepada orang yang berada di sekitarnya. Sifat inilah yang banyak dijangkiti pada mereka pada hari ini. Benda yang hanya sekecil seekor tikus dihebohkan seumpama seekor gajah. Akhirnya segala apa yang ada dalam genggamannya dan sisi pandangnya tidak memberikan sebarang arti padanya, apatah lagi menggembirakannya. Mereka tidak merasa puas dan senang dengan sebanyak mana sekalipun segala bentuk kesenangan yang berada dalam genggamannya.

Ramai orang yang telah sisi pandang hidupnya dikaburi. Mereka sudah tidak dapat melihat bahkan menghayati keindahan hidup ini. Sisi pandang mereka hanya dapat mengenal materialistic yang acap kali menjadi kayu ukur dalam segenap aspek kehidupannya. Mereka cuba menggenggam segala banyak mungkin materialistic untuk menjadi sumber kekayaan. Akan tetapi mereka sering lupa untuk menyoal bagaimana hendak membuat hati mereka bahagia?

Jika kita hanya mampu untuk menangani perkara-perkara kecil dalam menulusuri kehidupan ini, berarti kehidupan kita ini tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Namun, jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.

Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...

Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.

"Sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepadaku (Muhammad SAW) agar kalian bersikap tawadhu', hingga tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain"

Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang solusi. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.

Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.

Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.