Jumaat, 28 Januari 2011

Hari Ini Begitu Gembira.....




Ok nak kongsi apa yang berlaku hari ni...
Emm.....happy n segan gile hari ni
sebab apa?????
boleh budak2 ni nyanyi lagu b'day kuat2
segan gile sampai rasa nak sorok muka bawah meja
tapi ikhlas aku happy...
walaupun dah umur 21 tahun tapi rasa mcm sweet 17 teen je
rasa mcm budak2 je, bila budak2 ni nyanyi lagu b'day
hahahahahaha
tkpe la bukan selalu...


Sebenarnya apa yang penting bila b'day kita tiba???
  • Kita akan sedar bahawa umur kita semakin pendek
  • Membolehkan kita menjadi semakin matang
  • Kita akan tahu siapa yang mengingati tarikh b'day kita
Sebenarnya banyak lagi tapi malas nk tulis...
tapi paling penting ialah semakin bertambah umur kita maka semakin pendek la masa kita di dunia ini.......

p/S : Apa2 pun hari ni hari yang paling happy kerana ada mereka yang tersayang disisi.....keluarga dan kawan2 ku yang tersayang

Selamat Hari Lahir Zati....hehehe

sumber: sony 530i

ahahaha, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan (ayat buku je nih)....SELAMAT HARI LAHIR!!!!! dah bleh mengundi....hahaha



p/s: nak hadiah??? hehehehe

Selasa, 25 Januari 2011

Seorang Insan & 4 Isterinya










Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.

Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang
banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya
ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya
ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini.
Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri.
Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab
isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.
Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah
kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku
tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja.
Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu."
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya
yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu
berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,
tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan
kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan
kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal ke
mudian hari!...

Makna Sahabat......









Sahabat bukan mcm papan skate......belum main digilap
Sahabat bukan mcm bola sepak.....belum dapat dikejar bila dah dpt ditendang
Sahabat bukan mcm bulu tangkis....belum main dipegang..bila main dipukul

Tapi.....

Sahabat ibarat mcm ragbi...belum dapat direbut..dah dapat dilindung
Sahabat mcm jari...lukanya sembuh sendiri dan hilangnya tiada ganti...

p/s : Sayang sahabat anda dengan setulusnya.....berikan senyuman yang paling manis dan ikhlas kepada mereka agar senyuman itu akan diingati sehingga mati...:)







Ahad, 23 Januari 2011















Buat Teman2ku....

Tuhan aturkan kita 1 pertemuan
Dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati iaitu awak & saya
Dalam 2 hati tuhan berikan 3 rasa iaitu sayang, kasih dan kasihan
Dalam 3 rasa itu, diselitkan 4 tujuan berkenalan,berteman,berkawan dan bersama
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan "teman baik selalu di sisi"
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu sayang,kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati
Serta dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu

SAHABAT.......................................................................

Jumaat, 21 Januari 2011

Cuti....










Kalau cuti aku suka....

1)Menyental bajuku dengan sepuas-puasnya sambil main sabun
2)Tido lewat..hahaha kadang2 sampai pukul 4 pagi baru tido
3)Mencuba bakat memasakku...tapi kadang2 je sebab tau2 je la
4)Menonton apa saje cerita yang best bagi aku...
5)Peluang untuk mengemas segala mcm yang bersepah..tak sempat nak kemas waktu ada kuliah
6)Merapatkan silaturrahimku dengan kawan2 yang jauh dimata dan tentunya dekat dihati...rindu korang!!!
7)Apa lagi window shoping la...tgk2 je k.. jarang membeli

p/S : Nikmat sangat waktu cuti ni...so hargailah dengan sebaik-baiknya

Khamis, 20 Januari 2011

Result....

hai...lama dh tk update blog ni
hari ni nak ckp pasal result exam..
alhamdulillah dapat ok jgk
tapi tuhan je yang tau masa first tgk result 2
tak percaya sungguh
mungkin rezeki dan setimpal dengan usaha aku
Terima Kasih Ya Allah...tiada tuhan disembah melainkan Engkau..

Tapi bila dh dpt tiba2 takut
sebab pening mcm mana nak maintain result 2..
susah2...tapi try the best la...
harap2 tahun ni aku boleh buat yang lagi baik...
Doa2kan ye...
sebenarnya apa yang penting ialah fokus + usaha + doa
satu formula yang agak mujarab....
so boleh amalkan ye....

k la tak nak merapu lagi so bye.....