Selasa, 15 November 2011

Exam then holiday....yeay!!!!!!!!!!


hai...lama tk update blog..
ni nak cete sekarang ni demam exam
ambik 5 paper
memang seronok jawab sebab
susah sangat soalan dia
seronok sampai rasa nk pitam masa jawab
tunggu dan lihat je la
result sem ni
wawawawawawawawawa:(

Tapi tinggal beberapa hari lagi
KL akan menjadi sejarah bagiku
selamat tinggal KL!!!!!!
balik kampung..ooo balik kampung
hati girang
tak sabar nak balik rumah
tak sabar nak rehat puas2 baca novel puas2
dan seangkatan dengannya

ni saje post time2 gini sebab
tengah boring study
so dari berangan sampai jadi buah berangan
baik post something dekat blog

p/s : mood tak baik...otoke?????????.......:(

Isnin, 19 September 2011

Sedihnye.........wawawawawawawa

Inilah kehidupan
sentiasa mempunyai cabarannye
cuma doa saja jadi senjata utama

p/S; Kalau sedih nangis puas2 then jadi happy balik....:)

Khamis, 15 September 2011

Kesunyian di malam ini........

Sunyi sepi
tanpa bunyi dan cahaya
hanya kedengaran bunyi lagu yang mendayu-dayu
tiba-tiba hati hiba
rindu kepada semua

merenung jauh dalam kepekatan malam
merenung kisah semalam
suka,duka,tangis dan tawa
semuanya indah belaka

Air mata kesyukuran
terus berlinang dikelopak mata
bertuah diri ini kerana dilengkapi dengan segalanya
bersyukurlah kamu sebelum semua itu hilang dimakan masa

Rasa rindu dengan mereka2 diluar sana semakin menebal
ingin dilaungkan suara rindu itu
tapi ditelan dengan kepayahan

Jika sayang
bukan dengan wang ringgit diberikan
bukan dengan pujian dilontarkan
cukup la sekadar menyediakan satu ruang
di dalam hati untuk terus dikenang
sayangi dengan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka
bahagiakan mereka
senyumkan mereka
hanya dengan itu
diri kita akan lebih bahagia




Rabu, 13 Julai 2011

G6PD...apa 2???????

LUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.


Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Selalu memberitahu doktor yang merawat anda mengenai masalah anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

P/s: Emm....jaga makanan n ubatan yang diambil ea....:)



Rabu, 22 Jun 2011

Doaku untukmu.....


Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra, beliau berkata:

Aku masuk menemui Rasulullah saw. ketika baginda sedang menderita penyakit demam lalu aku mengusap baginda dengan tanganku dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar terjangkit demam yang sangat parah.” Rasulullah saw. bersabda maksudnya :” Ya, sesungguhnya aku juga mengidap demam seperti yang dialami oleh dua orang di antara kamu.”Aku berkata: “Itu, kerana engkau memperoleh dua pahala.” Rasulullah saw. bersabda maksudnya : “Benar.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan-kesalahannya seperti sebatang pohon yang merontokkan daunnya. ”

(Hadis Shahih Riwayat Muslim )


Harap2 kepada mereka yang sedang sakit sekarang
cepat2lah sembuh ye...
kadang2 orang yang melihat itu juga sakit dalam diam...
terpaksa diam untuk memastikan orang yang mereka sayang
sentiasa sihat dan ceria...
itulah pengorbanan katanya...

Tapi apa yang pasti
aku berasa sakit apabila melihat orang yang kau sayang
terpaksa menanggung kesakitan sendirian....
aku cuba nak tolong tapi
aku tak tau mcm mana aku boleh tolong
sedih, risau, takut, bimbang
semua ada tpi terpaksa disembunyikan
kerana aku tau aku kena kuat
untuk mereka

Namun kadang-kadang
aku berasa lemah dan tak kuat lagi
tpi kena tipu diri sendiri
cuba yakinkan diri sendiri
kau mampu!!!!!!!
kau boleh!!!!!!!!!!!
tapi hakikatnya
TIDAK..........



Harap semua ini akan berlalu dengan cepat
harap2 sgt semua akan cepat sihat
ceria dan gembira
itu je harapan aku sekarang
moga2 yang Maha Kuasa mendengar permintaan ini
dan memakbulkannya
Amin......




Khamis, 5 Mei 2011

Rezeki Inovasi...


Alhamdulillah................................................



kalau dah rezeki tk kemana kan
gambar kt atas 2, hasil inovasi kami berlima tapi sebenarnya bertujuh..
hahahahahah...............:)
Faizah n Taqim jgk byk membantu so tq byk2 ea...

Hahahahaha..........
rasa nk gelak bila tgk gmbr kt atas 2....
nmpk yakin je bercakap
tpi tuhan je yang tau
rasa takut, cemas n mcm2 lagi la
dah la juri2 dia ramai rasa dlm 8 orang kot
dah la dowg hebat2 dari pelbagai latar belakang
ada yg cikgu, pensyarah n mcm2 lagi la
2 yg membuatkan perasaan lagi takut
tapi semangat yang diberikan
menjadi senjata utama
dan hasilnya.....
keluar la ayat2 propa yang mama ajar
propa je lebih....
bak kata mama Nora
ayat kena power
baru best
itulah mama kami
yg sentiasa disayangi
Inilah group inovasi....
five menunjukan tempat ke-5 t yg kami raih untuk inovasi
muka ceria je semua
sebab rasa berbaloi2 bt inovasi
tpi kalau tk menang pun tkpe
sebab tujuan utama masuk inovasi adalah
untuk dptkan pengalaman
itu lagi penting
kepada semua yang terlibat dalam inovasi ini :
Omar, Acap, Ihsan, Taqim, K-pah n Faizah
you're the best

P/s : Simpan kamus 2 elok2 ea....nnti masa praktikum boleh guna.
hahahahaha..........:)

Rabu, 4 Mei 2011

Selesema lagi....


Wawawawawawa....
kena selesema lagi...dan sekarang ditambah dengan batuk
dah makan ubat tapi tkda kurang....:(
dah la nk exam...
ni gara2 makan cendol byk sgt
tapi sedap 2 yg minum byk2...
dan ini akibatnya
padan muka!!!!!!!!!!!!

Harap2 cepat elok sebab kadang2 tk tahan
tk boleh nk buat keje....:(
tapi bak kata orang tk baik merungut kan
so think positive...
mungkin Allah sayang lebih kot 2 yang dia bagi sakit
so terima dengan hati yang terbuka......